wahid1.gif (5630 bytes)     Dari Meja Pengetua                        


    Salam sejahtera, 

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para surfer sekalian kerana sudi berkunjung ke laman kami yang tidak sepertinya ini. 

    Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong adalah sebuah sekolah yang masih terlalu muda. Namun usia muda bukanlah penghalang kepada usaha penerokaan langit luas tanpa sempadan ini. Kerana, dalam alaf IT ini sesiapa sahaja tanpa mengira usia, status dan pengalaman, bebas meneroka apa sahaja. Justru, kita harus terus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pengalaman sejajar dengan taufan pembangunan yang melanda, khususnya dalam arena IT. 

    Walau bagaimanapun, dalam keghairahan meneroka alam IT ini kita janganlah hendaknya menjadi pengguna semata-mata. Kita mestilah menjadi penyumbang kepada pembangunannya, malah kalau boleh, menjadi pelopor kepadanya. Dengan cara ini kita akan sama-sama menjadi penentu kepada struktur dan reformasi teknologi IT akan datang.

    Anda dengan hormatnya dipersilakan untuk mengunjungi laman ini dan laman-laman yang dibangunkan sendiri oleh pelajar-pelajar sekolah ini. Dan jangan lupa, isilah buku lawatan kami.

    Sekian, terima kasih. 
     
    Wahid Bilaji
    wahbil@pc.jaring.my 
    Biodata di Cybernet.

    SENARAI NAMA PENGETUA-PENGETUA
    SEK.MEN. KEBANGSAAN LKTP BELITONG,
    86000 KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM.

    BIL PENGETUA TAHUN
    01 TN. HJ. BASSAR BIN BANI 01 Dis 1994 - 16 Nov 1996
    02 EN. WAHID BIN BILAJI 16 Nov 1996 - 16 Jul 1999
    03 PN. HJH. NOR BAYAH BTE A.LATEFF 16 Jul 1999 - 09 Feb 2000
    04 PN. HJH. RUHMANIAH BTE HJ MOHD RAPIEE 09 Feb 2000 hingga kini

 Laman Utama | Latarbelakang | Falsafah | Objektif | Kemudahan | Kurikulum |
Kokurikulum | Pelajar | Kakitangan | Takwim | Lagu Sekolah | Links