ruhmaniah.jpg (7597 bytes)     Dari Meja Pengetua Alaf Baru 

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera, 

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan kehendakNya kini kita berada di alaf baru  di ambang sesi persekolahan tahun 2001.  Untuk itu saya mengalu-alukan semua guru dan staf sokongan serta mengucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan iltizam yang tinggi dan bersedia menerima serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.  

Dalam era yang semakin mencabar kini, kepesatan dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan dunia pendidikan semakin canggih dan menyeronokkan.  Pendidikan secara maya, virtual ataupun on-line dapat diaplikasikan tanpa mengira sempadan.  Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan cabaran baru yang perlu ditempohi bagi warga pendidik khususnya kaum guru.  Sehubungan dengan itu para guru hendaklah memajukan diri dalam bidang IT dan multimedia bagi merealisasikan aspirasi Sekolah Bestari selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan masyarkat pelajar yang celik, pintar dan mahir IT .  

Akhir kata, mudah-mudahan kita sama-sama diberkati dan diberikan kemudahan dan kekuatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. 

Sekian, terima kasih. 

ruh1.bmp (794 bytes) 
Hjh Ruhmaniah bte Hj Mohd Rapiee 
Pengetua, 
SMK LKTP Belitong. 
smkbelitong@hotmail.com  


 Laman Utama | Latarbelakang | Falsafah | Objektif | Kemudahan | Kurikulum |
Kokurikulum | Pelajar | Kakitangan | Takwim | Lagu Sekolah | Links