Dari Meja Pengetua  
    hjh_norbayah.jpg (4648 bytes)      Sekacip Pinang Seulas Rasa... 


    Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, 

    Terlebih dahulu saya  ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang dan kesempatan untuk mencoretkan bicara di halaman prakata ini.

    Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong merupakan sebuah institusi pendidikan yang komited terhadap perkembangan teknologi maklumat di kalangan warganya.  Sehubungan dengan itu,  langkah pro-aktif telah diambil oleh pengetua terdahulu, Encik Wahid bin Bilaji menyediakan prasarana 'makmal siber' dan memperkenalkan subjek Teknologi Maklumat kepada warga sekolah. Jesteru itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan berpadu tenaga untuk menjadi sekolah ini setanding dengan Sekolah Bestari atas usaha dan inisiatif sendiri.

    Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat kini, penggunaan komputer dalam kehidupan seharian semakin ketara dan penting.  Perkembangan pesat teknologi  maklumat menjadi dunia semakin kecil tanpa sempadan.  Selaras dengan itu, kita seharusnya menyediakan diri kita dengan pengetahuan berkaitan IT dan komputer.  Semoga suatu hari nanti kita bukan sahaja sebagai pengguna dalam teknologi maklumat ini, tetapi sebagai penyumbang ke arah membudayakan IT di Sekolah Bestari.

    Akhir kata saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua warga SMK LKTP Belitong dan meneruskan tradisi kita menerokai alam siber demi kebaikan bersama.

    Sekian, terima kasih. 
    bayah.jpg (4571 bytes)                                                          


 Laman Utama | Latarbelakang | Falsafah | Objektif | Kemudahan | Kurikulum |
Kokurikulum | Pelajar | Kakitangan | Takwim | Lagu Sekolah | Links