LOGO SEKOLAH

 
Logo Sekolah Menengah LKTP Belitong mengandungi 4 warna.
Merah melambangkan keberanian dan ketekalan dalam mencapai matlamat dan cita-cita bersama.
Kuning melambangkan kesetiaan kepada raja, negara, undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah.
Hijau melambangkan keindahan dan keceriaan.
Biru melambangkan kejujuran dan keharmonian.
Buku yang terbuka melambangkan peluang pendidikan dan ilmu pengetahuan yang begitu luas terbuka yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar.
Jangkalukis melambangkan teras sistem pendidikan era kini adalah berpusat kepada teknologi moden.
Bulatan melambangkan kesejagatan dalam menimba ilmu pengetahuan.
Empat palang melintang juga menggambarkan kesejagatan, iaitu empat penjuru alam (TBUS) yang seharusnya tidak menjadi sempadan dalam menimba ilmu pengetahuan di dunia ini.